Selasa, 17 Mei 2011

SUDIKAH KAU MENJADI IMAMKU


oleh Sang Habibah BaraQbah 


لسلام عليكم ورحمة الله و بركاته

Satu ketika seorang suami bertanya kepada istri tercintanya.


Sudikah kau menjadi Makmum disetiap solatku..


agar solatku lebih bermakna dan terjaga hendaknya..sudikah kau menjadi Penjaga diri


dan kehormatanku agar hidupku lebih tenang dan bahagia sudikah kau menjadi Pendidik hati


dan jiwaku agar rohaniku terisi hikmahNya




dan akhlakku terjaga hendaknya sudikah kau menjadi Pemerhati setiap gerak dan langkahku


agar aku tahu mana salah dan buruk lakuku sudikah kau menjadi Peneman di kala suka dan duka ku agar satu hari,


jika ujian itu datang air mataku ada yg menghapuskan..sudikah kau menjadi Pembela diriku


dan agamaku agar aku terus berada di atas jln yg benar sudikah kau menjadi Penggerak semangatku..


agar bila aku kelesuan kau mampu membei bantuan walau hanya sekadar senyuman


Sudikah kau menjadi Sahabat buat diriku..mendengar luahan hatiku agar aku boleh berbicara apa saja dgn mu


tanpa rasa ragu..Sudikah kau menjadi Penghibur ketika ku kesunyian


agar aku boleh ketawa riang


Istripun menjawab


"Ya, Aku sudi..Kerana kau pilihanku kerana ILLAHI dan Kau juga memilihku kerana petunjuk RABBI"


Tetapi,aku kembalikan persoalan  ini kepadamu..sudikah kau terus menjadi IMAM di setiap SOLATKU?


jika aku sudah tidak seperti dulu?Sudikah kau pula menjadi Imam, Penjaga, Pendidik Pemerhati,Peneman, Pembela


Penggerak, Sahabat dan Penghiburku Jika suatu ketika nanti aku sudah tidak mampu lagi menjadi Makmum di setiap solatmu..Jika aku sudah tidak mampu lagi menjagamu,menemanimu memerhatikanmu,mendidikmu membelamu,menggerakkanmu menjadi sahabatmu dan menghiburkanmu Sudikah kamu wahai suamiku.....................?


Aku percaya..kau masih sudi..


"Kerana Aku pilihanmu kerana ILLAHI


dan Aku juga telah memilihmu kerana petunjuk RABBI"


Nikmatilah Percintaan itu dgn caranya yg terindah




PERCINTAAN yang indah ketika semua Halal Di hadapanNYA

Tidak ada komentar:

Posting Komentar