Rabu, 01 Juni 2011

25 KEISTIMEWAAN WANITA

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada

   80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya akan dapat
   satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. 

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah
   di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad. 

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak
   selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat
   pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. 

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami
   yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang
   Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke
   jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan
   masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan
   menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu
   akan dimandikan di dalam syurga,dan menunggu suaminya
   dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut. 

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga
   anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan
   bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. 

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan
   didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah
   akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala
   seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah
    akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang
    dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16 Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan
    puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengaruniakan
    satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia
    akan dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12
    tahun solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 ½ tahun),
    maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa
    syurga wajib baginya

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis,
    Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7
    tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat
    pahala tola perak.

23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat
.
25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di
    akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang
    memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan
    istiqamah.


Hadis nabi mengenai wanita.
 
Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang
yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah
akan hal tersebut,jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa
dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".





Tidak ada komentar:

Posting Komentar